Auto Added by WPeMatico

PETALING JAYA – Sustainable Future Sdn Bhd (SF) dan Koperasi Permodalan Felda Berhad (KPF) akan menjalinkan kerjasama dengan bagi memperkasa teknologi hijau dalam sektor perladangan.
Melalui kerjasama itu, SF yang juga syarikat bersekutu KPF diberkan tanggungjawab untuk mengendalikan operasi Pusat Mengumpul Sawit (PMS) di Felda Bukit Damar, yang kini dikenali sebagai PMS Damar Berkat.
Jelas SF, pelaksanaan tersebut merupakan sebahagian daripada pelan tindakan menyeluruh yang berlandaskan empat teras utama teknologi hijau.
Ia merangkumi penggunaan kenderaan elektrik perindustrian dan pengurusan logistik, pembangunan tenaga boleh diperbaharui dan sistem simpanan tenaga (BESS), pengurusan sisa bersepadu serta pelaksanaan kredit karbon menjelang 2026.
“Perjanjian ini membuka ruang untuk kami membina ekosistem hijau yang bukan hanya berdaya saing dan moden, malah membawa pulangan yang lebih tinggi kepada peneroka serta mengurangkan kebergantungan kepada sistem lama yang penuh ketirisan.
“Sebagai langkah awal, semua penghantaran Buah Tandan Segar (BTS) di PMS Damar Berkat kini akan menggunakan lori elektrik (EV). Pergerakan kenderaan ini dipantau melalui sistem Fleet Management System (FMS) secara masa nyata bagi memastikan efisiensi logistik dan penjimatan tenaga yang optimum,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Tambah SF, transaksi BTS juga kini dilaksanakan secara digital, menggantikan sistem lama yang terlalu bergantung kepada peraih luar dan sukar diaudit.
“Kaedah ini membolehkan pemantauan lebih telus serta pengesahan terus kepada peneroka tentang kuantiti dan harga yang diperoleh.
“Harga BTS yang kami tawarkan lebih tinggi daripada pasaran luar, kerana kami mahu peneroka mendapat pulangan lebih baik hasil mereka. Ini juga salah satu cara kami membina semula kepercayaan dan menjadikan sistem ini lebih adil,” kata syarikat itu.
Mengulas lanjut, SF memberitahu, pihaknya juga akan membekalkan dan menyewakan jentera berat elektrik serta perkhidmatan ‘retrofitting’ bagi menukar jentera diesel kepada elektrik secara berperingkat.
Dalam masa yang sama, pembangunan tenaga boleh diperbaharui turut dipergiatkan melalui pemasangan lampu jalan solar serta pembinaan ladang solar bersepadu yang disokong oleh Battery Energy Storage System (BESS).
“Bagi pengurusan sisa pula, kami melaksanakan pendekatan holistik termasuk penggunaan ‘EV Compactor Trucks’ untuk kutipan sisa dan pemprosesan sisa makanan melalui sistem pelupusan terkawal,”jelasya.-KOSMO! ONLINE
The post SF, KPF jalin kerjasama pacu teknologi hijau sektor perladangan appeared first on Kosmo Digital.