Auto Added by WPeMatico

![]()
ISKANDAR PUTERI – Cubaan licik satu sindiket menjadikan rumah sewa sebagai stor arak seludup akhirnya terbongkar apabila Batalion 5 Pasukan Gerakan Am (PGA) Simpang Renggam merampas minuman keras tidak bercukai bernilai RM1.7 juta dalam serbuan di Taman Bukit Indah, di sini Selasa lalu.
Dalam Operasi Taring Alpha 2 yang dijalankan pada pukul 3 petang itu, tiga lelaki tempatan berusia 18 hingga 39 tahun yang dipercayai menjadi ‘transporter’ utama sindiket berkenaan diberkas.
Pegawai Memerintah BN 5 PGA, Superintendan Salehin Sulaiman berkata, sindiket itu dikesan menggunakan modus operandi dengan membeli arak dari zon bebas cukai sebelum memecahkan stok mengikut permintaan pelanggan.
“Hasil pemeriksaan mendapati rumah sewa itu dijadikan stor utama menyimpan puluhan kotak arak pelbagai jenama.
“Mereka mengangkut bekalan menggunakan dua kenderaan iaitu Toyota Estima putih dan Toyota Innova hitam,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.
Menurut Salehin, rampasan merangkumi pelbagai arak terkenal seperti Bunnes, Carlsberg, Tiger, Skol, Heineken, Ishitar dan beberapa lagi jenama popular yang dipercayai untuk pasaran gelap di sekitar Johor.
“Kes disiasat di bawah Akta Kastam 1967 dan operasi ini berjaya menumpaskan cubaan sindiket meraih keuntungan besar melalui penyeludupan arak tidak bercukai,” ujarnya.-KOSMO! ONLINE
The post Rumah sewa jadi ‘gudang’ simpan arak RM1.7 juta appeared first on Kosmo Digital.