Auto Added by WPeMatico

![]()
JOHOR BAHRU – Kesesakan berlaku di Tambak Johor sejak awal pagi apabila ribuan kenderaan dari Singapura memasuki Malaysia bersempena cuti umum Deepavali.
Aliran trafik menuju ke pusat bandar Johor Bahru dilihat bergerak perlahan sejak awal pagi, dengan barisan kenderaan sepanjang tambak sehingga pusat pemeriksaan Woodland, Singapura.
Tinjauan di lokasi mendapati keadaan trafik mula padat seawal pagi hingga petang apabila ramai warga Singapura mengambil kesempatan bercuti sempena Deepavali.
Laluan keluar dan masuk ke Kompleks Sultan Iskandar (CSI) turut sesak dengan kenderaan pelbagai jenis, termasuk kenderaan pelancong.
Jumlah kemasukan pelawat dari negara jiran meningkat hampir dua kali ganda berbanding hari biasa, dan pihak berkuasa telah menambah kaunter pemeriksaan bagi melancarkan urusan keluar masuk di sempadan.
Selain CSI, beberapa laluan utama di sekitar Johor Bahru termasuk Jalan Tun Abdul Razak dan Jalan Tebrau turut mengalami kesesakan ekoran peningkatan mendadak jumlah kenderaan dari arah tambak.
Cuti Deepavali pada tahun ini bukan sahaja memberi limpahan pengunjung dari Singapura, malah turut dijangka merancakkan sektor pelancongan dan perniagaan tempatan di Johor Bahru apabila hotel, pusat beli-belah dan restoran kembali dipenuhi pengunjung selepas beberapa bulan keadaan trafik yang lebih tenang.- KOSMO! ONLINE
The post Tambak Johor sesak, ribuan kenderaan Singapura masuk bercuti appeared first on Kosmo Digital.