Auto Added by WPeMatico

SEBERANG PERAI – Sepasang suami isteri terselamat selepas kereta Honda Civic FD yang mereka naiki hilang kawalan lalu berpusing sebelum terbalik ke dalam parit di Kilometer 126, Lebuh Raya Utara Selatan, arah Utara di Kepala Batas, pagi tadi.
Kedua-dua mangsa merupakan warga Thailand dikatakan tidak mengalami sebarang kecederaan dan berjaya keluar dengan sendiri sebelum kehadiran pasukan bomba.
Difahamkan, mereka dalam perjalanan pulang ke Thailand dari Lumut, Perak. Pemandu dikatakan hilang kawalan akibat pernukaan jalan yang basah akibat hujan.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian berlaku pada pukul 5.50 pagi tadi.
Menurutnya, operasi menyelamat melibatkan keanggotaan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kepala Batas diketuai Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan ll Mohamad Rodzi Mat Saad.
“Kemalangan melibatkan sebuah kereta dinaiki pasangan warga Thailand hilang kawalan dan terbabas.
“Kedua-dua mangsa dilaporkan terselamat dan tiada yang tersepit di lokasi,” katanya di sini, hari ini.
Beritahu beliau, Komander Operasi melaporkan operasi tersebut ditamatkan sepenuhnya pada pukul 6.53 pagi tadi. -KOSMO! ONLINE
The post Warga Thailand selamat, Honda Civic FD terbabas masuk parit appeared first on Kosmo Digital.