Auto Added by WPeMatico

KUALA LUMPUR – Greenyn Biotechnology melihat masalah obesiti, diabetes dan penyakit metabolik yang terus meningkat dalam kalangan rakyat Malaysia, menawarkan peluang yang luas kepada syarikat untuk mencari penyelesaian kesihatan berasaskan bukti saintifik.
Pengurus Besar merangkap Ketua Penyelidikan dan Pembangunan Greenyn Biotechnology, Dr. Leon Hsu, berkata pihaknya memberu tumpuan kepada pembangunan bahan bioaktif daripada sumber semula jadi, termasuk penemuan peptida berfungsi, kajian mekanisme tindakan serta pembangunan aplikasi produk.
“Melalui platform penyelidikan saintifik yang komprehensif, kami membangunkan bahan aktif inovatif yang disokong oleh penyelidikan makmal, ujian haiwan dan kajian klinikal ke atas manusia,” katanya.
Beliau berkata demikian pada forum Malaysia Health Market Opportunities yang menghimpun pakar kesihatan dan syarikat yang terlibat dalam industri kesihatan di Malaysia dan Taiwan disini baru-baru ini.
Forum yang dianjurkan oleh Greenyn Biotechnology dan The Page menjadi penganjur bersama serta rakan media rasmi, dengan sokongan Malaysian Dietary Supplement Association (MADSA).
Antara tumpuan forum tersebut adalah pembentangan hasil penyelidikan Insumate, bahan aktif peptida peria yang dibangunkan Greenyn Biotechnology.

Mengulas lanjut, Leon memaklumkan, kajian terkini turut menunjukkan Insumate mempunyai potensi berkaitan laluan metabolik GLP-1, sekali gus membuka ruang kepada penyelesaian kesihatan metabolik generasi baharu.
Bagaimanapun, beliau menegaskan pendekatan Greenyn adalah berasaskan penyelidikan saintifik menyeluruh, termasuk kajian mekanisme tindakan, pengesahan klinikal dan perlindungan paten antarabangsa.
Selain itu, forum berkenaan turut memberi tumpuan kepada tiga tema utama iaitu inovasi saintifik, aplikasi pengguna dan peluang pasaran, selain menjadi platform menghubungkan penyelidik, pengamal perubatan, usahawan serta pemain industri kesihatan dari Malaysia dan Taiwan.
Selain itu, Penerbit The Page, Darren Teoh menjelaskan, peningkatan kesedaran masyarakat terhadap penjagaan kesihatan pencegahan, pemakanan berfungsi dan nutrisi kecantikan telah membawa industri kesihatan ke fasa baharu yang dipacu inovasi saintifik.
Tambah beliau, platform media itu komited menjadi platform yang menghubungkan penyelidikan saintifik, pemain industri dan pasaran bagi memperkukuh kerjasama antara Malaysia dan Taiwan serta membuka lebih banyak peluang pembangunan industri kesihatan pada masa depan. -KOSMO! ONLINE
The post Greenyn Biotechnology fokus penyelesaian kesihatan berasaskan kajian saintifik appeared first on Kosmo Digital.
