Auto Added by WPeMatico

HANYA dengan sekali lafaz, primadona Erra Fazira selamat bergelar isteri kepada usahawan, Ezwan Zain tepat jam 9.19 pagi ini dalam majlis akad yang berlangsung di Kampung Melayu, Subang.
Pasangan itu dinikahkan Penolong Pendaftar Perkahwinan, Majlis Agama Islam Selangor, Mohd Sabirin Bin Noordin.
Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek, 51, menerima mas kahwin berupa sepohon bunga emas seberat 102 gram beserta sebentuk cincin Cartier dianggarkan bernilai RM80,000.
Pelakon filem Pasrah itu turut menerima hantaran berupa set barang kemas, jam tangan, tas tangan dan sepatu.
Pada majlis yang dihadiri 300 tetamu itu, Erra memakai busana tradisional berwarna ‘powder blue ‘ rekaan pereka fesyen terkenal, Rizman Ruzaini.
Sebelum diijab kabul, kedua-dua mempelai berarak masuk ke singgahsana ditemani anak gadis masing-masing.
Sebelum upacara membatalkan air sembahyang, Ezwan terlebih dahulu menunaikan solat sunat.
Untuk rekod ini merupakan perkahwinan ketiga buat Erra dan kedua Ezwan.
Sebelum ini Erra pernah mendirikan rumah tangga bersama Datuk Yusry Abdul Halim pada 2003 namun bercerai pada 2006.
Erra kemudian mendirikan rumah tangga kali kedua bersama Engku Emran pada 2007 namun jodoh mereka tidak panjang apabila bercerai pada 2014.
Bersama Emran, Erra dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Engku Aleesya yang kini berusia 16 tahun. – HIBGLAM
The post Erra sah isteri Ezwan, terima sepohon bunga emas appeared first on HibGlam.