Auto Added by WPeMatico

![]()
PETALING JAYA – Rupa paras menawan dan mata yang cantik bukan jaminan bagi tahap kebersihan seseorang, terutamanya apabila melibatkan etika di tempat awam seperti lapangan terbang.
Menerusi satu hantaran video tular di aplikasi TikTok oleh pengguna KakKhaiya55, dia berkongsi pengalaman kurang menyenangkan semasa menunggu kaunter daftar masuk dibuka di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Dalam video berkenaan, kelihatan seorang lelaki sedang berehat di atas lantai, namun tindakannya membuka kasut sehingga menampakkan kaki yang kotor dan berdaki mengundang rasa loya orang sekeliling.
“Kejadian masa menunggu kaunter ‘’check-in’ dibuka di KLIA. Muka hensem mata biru, sekali dia buka kasut… masyarakat! 1km boleh bau,” katanya.
Situasi tersebut menyebabkan pemilik video berasa bimbang sehingga hanya mampu berdoa agar tidak duduk berdekatan dengan individu berkenaan di dalam pesawat.
“Masa ni hanya mampu berdoa supaya tak sekapal dengan dia atau duduk di barisan kerusi berdekatan dia,” tambahnya lagi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna turut berseloroh dan meluahkan rasa geli melihat keadaan kaki lelaki tersebut.
“Halah kita pulak kembang tekak ha…” kata Lovesilentmood.
“Tak gatal ke? Kita ni terpercik air hujan sikit pun gatal bukan main!” ujar Lynnlynda786 pula. – KOSMO! ONLINE
The post ‘Muka kacak, mata biru…bila buka kasut, 1km boleh bau’ appeared first on Kosmo Digital.
