Auto Added by WPeMatico

PETALING JAYA – Public Health Malaysia (PHM) menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa di Melaka yang kehilangan dua insan tersayang selepas suaminya meninggal dunia akibat serangan jantung dan bayi kecil mereka lemas ketika tidur kerana tertindih lengan.
Menerusi satu hantaran di Facebook, PHM mengingatkan ibu bapa agar sentiasa mengutamakan aspek keselamatan tidur bayi bagi mengelakkan kejadian sama berulang.
“Sebanyak 96 peratus kes Sindrom Kematian Bayi Mengejut (SIDS) berlaku semasa tidur, dan lebih separuh daripadanya berlaku ketika bayi tidur di atas katil, tilam atau sofa bersama orang lain,” jelas PHM.
Menurut kenyataan tersebut, bayi harus diletakkan di atas tilam yang rata tanpa bantal atau selimut tebal, tidur dalam posisi terlentang serta secara berasingan, namun dalam bilik yang sama dengan penjaga.
“Kerana kasih sayang bukan hanya pelukan, tapi juga perlindungan,” pesan PHM. – KOSMO! ONLINE
The post ‘Kasih sayang bukan hanya pelukan, tetapi perlindungan’ appeared first on Kosmo Digital.