Auto Added by WPeMatico

LONDON – Seorang penumpang berdepan detik cemas sepanjang penerbangan apabila cermin tingkap bersebelahan tempat duduknya kelihatan retak dan berlubang, lapor akhbar The Sun UK semalam.
Aarron Geaves, 32, berada dalam penerbanga Ryanair dari Manchester, United Kingdom ke Ibiza apabila dia menyedari keadaan tingkap itu.
Dia dengan segera memaklumkan perkara tersebut kepada kru kabin, namun kemudian diberitahu bahawa keadaan itu tidak serius.
Menurut kru kabin, cuma plastik yang membaluti tingkap rosak, dan bukannya kaca tingkap itu sendiri.
Menurut kenyataan Ryanair, hanya bingkai tingkap yang digunakan untuk melindungi cermin daripada calar telah rosak, dan ia sudah menggantikan bahagian tersebut.
“Semua orang berasa bimbang dan tiada sesiapa mahu duduk berhampiran dengan tingkap itu. Namun akhirnya, semuanya dalam keadaan baik,” kata Geaves. – AGENSI
The post Sepanjang penerbangan cemas lihat tingkap ‘retak’ appeared first on Kosmo Digital.