Auto Added by WPeMatico

BEIJING – Sebuah syarikat di China sedang membangunkan robot hamil yang pertama di dunia dan mampu mengandung bayi sehingga cukup bulan sebelum melahirkannya, lapor portal berita MailOnline semalam.
Menurut seorang pakar, robot humanoid itu akan dilengkapi dengan rahim buatan yang menerima nutrien melalui hos.
Prototaip robot itu dijangka dikeluarkan tahun depan, dengan harga jualan sekitar 100,000 yuan (RM47,000).
Pengasas syarikat Kaiwa Technology, Dr. Zhan Oifeng sedang membangunkan robot tersebut.
Robot humanoid itu boleh meniru keseluruhan proses daripada persenyawaan sehingga kelahiran.
Zhan berkata, teknologi rahim buatan kini berada pada tahap matang dan hanya perlu dipasang pada abdomen robot itu.
Mengenai isu etika dan undang-undang katanya: “Kami telah mengadakan forum perbincangan dengan pihak berkuasa di Wilayah Guangdong dan mengemukakan cadangan berkaitan sambil membincangkan dasar dan perundangan.”
Namun, setakat ini beliau masih belum memberikan butiran khusus tentang bagaimana telur dan sperma disenyawakan serta dimasukkan ke dalam rahim buatan tersebut. – AGENSI
The post China bangunkan robot hamil pertama di dunia appeared first on Kosmo Digital.