Auto Added by WPeMatico

![]()
MANILA – Seorang warga Malaysia dan seorang rakyat Filipina terbunuh apabila sebuah helikopter terhempas di kawasan lapang kira-kira dua jam ke tenggara Manila hari ini.
Helikopter itu membawa lima orang, termasuk dua warga Malaysia, ketika terhempas di kawasan berumput di sebuah kejiranan di Pililla, bandar kecil di wilayah Rizal, sekitar pukul 7:27 pagi (waktu Malaysia), kata beberapa pegawai.
Pegawai polis wilayah Rizal, Ramjae Pangga memberitahu AFP bahawa dua penumpang, seorang warga Malaysia dan seorang warga Filipina, terkorban dalam nahas itu.
Sementara itu, juruterbangnya cedera parah, kata Datuk Bandar Pililla, John Masinsin.
“Tiga mangsa yang terselamat masih terkejut, terutamanya juruterbang,” katanya kepada AFP.
“Semua mangsa dibawa ke hospital tertiari di (Metro Manila), atas permintaan keluarga masing-masing,” katanya sambil memuji juruterbang kerana berjaya mendaratkan pesawat itu di kawasan perumahan tanpa mencederakan sesiapa.
Siasatan oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Filipina sedang dijalankan. – AFP
The post Rakyat Malaysia maut, helikopter terhempas appeared first on Kosmo Digital.
