Auto Added by WPeMatico

![]()
Kredit: Sous cef, Nelson Dareus, Hilton Garden Inn Kota Kinabalu Tuaran
Penyediaan salad tidak lagi terhad kepada sayur-sayuran sahaja, malah ia boleh dipelbagaikan dengan penggunaan makanan laut seperti udang.
Gabungan rasa masam dan pedas yang seimbang menambahkan lagi keenakan hidangan ini.
Salad udang HGI sesuai disajikan sebagai pembuka selera sebelum menikmati sajian utama.
Bahan-bahan
• 150 gram udang
• 1 sudu kecil halia (dicincang halus)
• 1 biji bawang merah kecil (dicincang)
• 1 biji tomato (dipotong)
• Garam secukup rasa
• Lada hitam secukup rasa
• Perahan limau nipis
• Sedikit cuka
• Sedikit jus lemon
• Cili padi (dihiris)
Cara penyediaan
• Rebus udang hingga masak, kemudian rendam dalam air ais untuk mengekalkan tekstur.
• Gaul semua bahan seperti halia, bawang merah, tomato, garam, lada hitam, limau, cuka, jus lemon dan cili padi dalam mangkuk.
• Masukkan udang dan gaul rata.
• Sejukkan dalam peti sejuk selama 30 minit sebelum dihidangkan.
The post Salad udang HGI appeared first on Utusan Malaysia.
