Auto Added by WPeMatico

![]()
LIVERPOOL – Liverpool dilaporkan sudah mengenal pasti pemain sayap Bournemouth, Rayan sebagai sasaran alternatif sekiranya usaha mendapatkan bintang Paris Saint-Germain (PSG), Bradley Barcola menemui jalan buntu pada jendela perpindahan musim panas ini.
Menurut laporan, juara Liga Perdana Inggeris (EPL) itu sudah memulakan rundingan dengan PSG untuk mendapatkan Barcola, namun perbezaan ketara nilai perpindahan menjadi halangan apabila Liverpool hanya bersedia menawarkan sekitar £86 juta (RM473 juta), manakala PSG meletakkan harga hampir £129 juta (RM709.6 juta).
Situasi itu memaksa Liverpool menyediakan pelan kedua dengan Rayan muncul calon utama, selain dua lagi pemain yang turut berada dalam senarai pendek mereka iaitu pemain Brighton, Yankuba Minteh dan penyerang Lille, Matias Fernandez-Pardo.
Pemain berusia 20 tahun itu bukan nama asing buat pengendali baharu Liverpool, Andoni Iraola selepas kedua-duanya pernah bekerjasama di Bournemouth, sekali gus memberi kelebihan kepada The Reds sekiranya rundingan diteruskan.
Rayan yang menyertai Bournemouth daripada Vasco da Gama pada Januari lalu pantas menyesuaikan diri dengan saingan EPL apabila meledak lima gol dan mencipta dua bantuan jaringan dalam 15 penampilan pertamanya bersama kelab tersebut.
Aksi cemerlang pemain muda Brazil itu turut menarik perhatian beberapa kelab gergasi Eropah termasuk Manchester United, Real Madrid dan PSG, malah difahamkan Liverpool sudah menghubungi wakil pemain itu sejak bulan lalu bagi memulakan rundingan.
Bagaimanapun, usaha mendapatkan Rayan juga bukan mudah apabila Bournemouth hanya bersedia melepaskannya berdasarkan klausa pelepasan bernilai £130 juta (RM715 juta) yang dijangka mula berkuat kuasa pada Januari depan. – AGENSI
The post Rayan pelan B Liverpool appeared first on Kosmo Digital.
