Auto Added by WPeMatico

![]()
IPOH – Semua pihak merangkumi golongan kenamaan, ahli politik atau pempengaruh perlu mematuhi garis panduan ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan (KPM) bagi menghadiri atau merasmikan sebarang bentuk program dan aktiviti di sekolah awam.
Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh berkata, tiada pihak yang dikecualikan kerana perlu memohon terlebih dahulu dengan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) sebelum keputusan diberikan.
“Tak kira lah siapa jika pertubuhan bukan kerajaan (NGO) nak masuk pun sama , ahli parlimen nak masuk pun sama. Influencer nak masuk pun sama. Supaya PPD dan JPN boleh mempertimbangkan bersama-sama dengan input daripada pihak sekolah,” katanya di sini hari ini.
Katanya lagi, sebarang aktiviti yang diadakan di sekolah perlu memanfaatkan pelajar-pelajar selain perlu mematuhi segala garis panduan sedia ada.
Media melaporkan kelmarin JPN Kedah menjalankan siasatan berhubung tindakan sebuah sekolah di negeri itu yang menjemput seorang pempengaruh media sosial untuk merasmikan majlis anugerah akademik, baru-baru ini.- KOSMO! ONLINE
The post ‘Ahli Parlimen nak masuk sekolah pun kena mohon’ appeared first on Kosmo Digital.