Auto Added by WPeMatico

PENYANYI rap legenda, Snoop Dogg hairan dan bimbang apabila kunjungannya bersama cucu tersayang ke pawagam menyaksikan filem animasi dicemari dengan adegan normalisasi budaya songsang terkait dakyah lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).
Snoop atau nama sebenarnya, Calvin Cordozar Broadus Jr. berkata, ketika sedang menonton cucunya mengajukan soalan mengapa watak antara dua wanita boleh ‘melahirkan’ seorang anak.
“Saya bawa cucu saya tengok filem animasi Lightyear, Keke Palmer berlakon filem itu.
Cucu saya tanya soalan, ‘Papa Snoop, macam mana seorang wanita boleh ada anak dengan seorang wanita?’. Saya terkedu nak jawab soalan itu,” katanya dalam sepotong video audio siar, Giving Podcast.
Ujar pelantun lagu ikonik Drop It Like It’s Hot itu, dia tidak tahu bagaimana mahu menjawab petanyaan cucunya yang sememangnya lazim dengan 1,001 soalan.
“Saya tak datang ke panggung untuk benda ini, saya hanya nak tengok sebuah filem!
“Cucu saya terus bertanyakan bagaimana dua wanita boleh ada seorang bayi.
Sejak itu, saya takut nak ke panggung wayang. Saya tersepit dalam keadaan di mana saya tiada jawapan untuk persoalan yang saya sendiri tak tahu (bagaimana) ingin jawab,” katanya lagi.
Filem Lightyear terbitan Disney tahun 2022 mengisahkan asal-usul manusia Space Ranger Buzz Lightyear turut menampilkan hubungan kontroversi songsang antara rakan karib dan komandernya, Alisha Hawthorne (disuarakan oleh Uzo Aduba), dan ‘pasangannya’, Kiko.
Filem animasi arahan Angus MacLane itu memercik sensasi global apabila memaparkan paparan sekilas kehidupan mereka sebagai pasangan serta satu ciuman di skrin. – HIBGLAM
The post Takut bawa cucu ke panggung wayang – Snoop Dogg appeared first on HibGlam.