Auto Added by WPeMatico

BERLIN – Anggota-anggota kastam Jerman menahan dua lelaki semalam selepas lebih 400 kilogram kokain ditemui di pelabuhan Hamburg, lapor sebuah agensi berita.
Tangkapan dibuat sekitar pukul 1 tengah hari (waktu tempatan) di terminal kontena O’Swaldkai di pelabuhan yang luas di bandar utara Jerman itu, kata polis kepada media tempatan, Morgenpost.
Beberapa pekerja dok memaklumkan pihak kastam selepas melihat dua lelaki berulang alik daripada sebuah kapal sambil membawa lebih 20 beg sukan.
Pekerja dok tidak mengenali kedua-dua suspek sebagai pekerja pelabuhan.
Mereka kemudian memaklumkan pegawai kastam berdekatan. Pihak kastam segera menyekat kereta yang hendak dinaiki kedua-dua lelaki itu.
“Kami menemui lebih 20 beg sukan di dalam but kereta. Beg-beg ini mengandungi 400 kilogram kokain,” kata seorang jurucakap kastam yang mengesahkan rampasan tersebut semalam.
Seorang lelaki itu melarikan diri, manakala seorang lagi dapat ditangkap, tambahnya.
Bandar pelabuhan Hamburg menjadi lokasi utama kokain memasuki tanah besar Eropah.
Hamburg adalah pelabuhan terbesar di Jerman dan ketiga terbesar di Eropah, selepas Rotterdam dan Antwerp. Lebih 23,000 kontena perkapalan melalui Hamburg pada setiap hari. – AGENSI
The post Kastam rampas 400 kilogram kokain dalam beg sukan appeared first on Kosmo Digital.