Auto Added by WPeMatico

![]()
PETALING JAYA – Tindakan pelanggan didakwa meninggalkan bungkusan ikan mentah yang tidak jadi dibeli dengan meletakkannya di atas rak perkakas mewarna mengundang kemarahan pengguna media sosial.
Menerusi gambar dikongsikan pengguna Threads Ainiyssf8, dia memuat naik gambar bungkusan ikan mentah tersebut yang diletakkan di atas rak perkakas mewarna di sebuah pasar raya.
“Eh jangan membiak please (tolong),” katanya secara sindiran pada gambar itu.
Ia mendapat pelbagai maklum balas daripada pengguna Threads yang turut mengecam perbuatan tersebut.
“Aku syak mak ayah dia suruh anak letak balik, tapi anak letak tempat lain,” komen Afqhm20.
“Kalau tak nak letak balik dekat tempat asal lah. Jangan letak kat situ, mesti bau,” kata Nushabiab.
“Nak pulang ikan tak payah dekat bahagian ni, kot,” komen Baejvm. – KOSMO! ONLINE
The post ‘Kalau tak nak beli, letak balik tempat asal’ appeared first on Kosmo Digital.
