Auto Added by WPeMatico

![]()
PETALING JAYA – Seorang wanita yang ditahan kerana memiliki pisau ketika menghadiri Rain Rave Water Music Festival 2026 akan dihantar ke Hospital Bahagia selepas disyaki mengalami masalah mental.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sazalee Adam berkata, tindakan itu diputuskan selepas suspek berusia 28 tahun itu didakwa di mahkamah hari ini.
“Suspek dituduh di bawah Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.
“Mahkamah memutuskan supaya suspek dihantar ke Hospital Bahagia bagi menjalani pemeriksaan lanjut kerana disyaki mempunyai masalah mental,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut beliau, wanita terbabit kini ditempatkan di Penjara Kajang Wanita bagi tujuan tahanan reman.
Tambahnya, sebutan semula kes ditetapkan pada 4 Jun depan.
Kosmo! sebelum ini melaporkan polis menahan seorang wanita tempatan berusia 28 tahun selepas didapati memiliki senjata berbahaya iaitu pisau.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus dilaporkan berkata, beberapa individu mencurigakan turut ditahan sebagai langkah pencegahan bagi memastikan keselamatan sepanjang festival tiga hari tersebut. – KOSMO! ONLINE
The post Rain Rave: Wanita bawa pisau akan dihantar ke Hospital Bahagia appeared first on Kosmo Digital.
