Auto Added by WPeMatico

![]()
PETALING JAYA – Kementerian Pendidikan (KPM) akan mengemukakan cadangan untuk menyemak semula ketetapan berkaitan struktur pemilikan pusat tuisyen untuk pertimbangan Jemaah Menteri minggu depan.
KPM dalam kenyataan hari ini berkata, ketetapan berkaitan struktur pemilikan pusat tuisyen telah diperincikan dalam Buku Dasar Institusi Pendidikan Swasta yang diterbitkan pada 2006.
Menurut kementerian itu, pihaknya mengambil maklum pelbagai pandangan yang dibangkitkan berhubung ketetapan berkenaan dan sentiasa terbuka untuk mendengar pandangan semua pihak.
“KPM berpandangan bahawa ruang pendidikan perlu kekal terbuka kepada semua pihak yang mahu menyumbang kepada pembangunan dan pembelajaran anak-anak Malaysia.
“Sehubungan itu, KPM akan mengemukakan cadangan untuk menyemak semula ketetapan berkaitan struktur pemilikan pusat tuisyen untuk pertimbangan Jemaah Menteri minggu hadapan,” katanya.
KPM turut menghargai sumbangan pengusaha pusat tuisyen selama ini dan akan terus bekerjasama dengan semua pihak demi kepentingan pendidikan anak-anak Malaysia.- KOSMO! ONLINE
The post KPM cadang semak semula struktur pemilikan pusat tuisyen appeared first on Kosmo Online.
