Auto Added by WPeMatico

![]()
GEORGE TOWN – Seorang lelaki cedera selepas motosikal yang dia tunggang terlibat dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di Kilometer 2.2 Jambatan Pulau Pinang dari arah pulau menghala ke Perai di sini, hari ini.
Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM negeri, John Sagun Francis, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada pukul 8.16 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Perai bergegas ke lokasi.
”Kemalangan melibatkan tiga buah kereta jenis Honda Insight, Toyota Vios, Perodua Axia serta dua buah motosikal jenis Honda Wave 125 dan Honda RS150,” katanya di sini, hari ini. Beliau berkata, seorang penunggang motosikal Honda Wave 125 berusia 52 tahun mengalami luka ringan di bahagian muka dan telah diberikan rawatan awal oleh pasukan Kementerian Kesihatan (KKM) di lokasi kejadian.
”Pasukan bomba bertindak melakukan pemeriksaan dan membantu memberi rawatan awal kepada mangsa sebelum diserahkan kepada pihak KKM untuk tindakan lanjut,” katanya.
Tambah beliau, kemalangan itu tidak melibatkan mangsa lain dan pemandu kenderaan lain dilaporkan berada dalam keadaan selamat.
Katanya, operasi dikawal pada pukul 9.15 pagi dan ditamatkan sepenuhnya pada pukul 9.31 pagi.Kejadian turut mendapat bantuan daripada polis dan KKM bagi menguruskan lalu lintas serta mangsa di lokasi. -KOSMO! ONLINE
The post Seorang lelaki cedera kemalangan libat lima kenderaan appeared first on Kosmo Digital.