Auto Added by WPeMatico

KLANG- Sebanyak 17 projek mitigasi jangka pendek perlu disiapkan sebelum Oktober tahun ini bagi menangani masalah banjir di daerah ini.
Exco Infrasruktur dan Pertanian Selangor, Datuk Izham Hashim berkata, kesemua projek yang menelan belanja RM3.35 juta akan dilaksanakan di 13 hotspot yang sering berlakunya banjir antaranya
Kampung Johan Setia, Taman Teluk Pulai dan Kampung Bukit Kapar.
“Untuk jangka sederhana, ada 10 buah projek akan dilaksanakan yang menelan belanja RM8.2 juta.
“Selain itu, untuk jangka masa panjang ada lima projek dengan perbelanjaan yang melibatkan RM36 juta. Jadi untuk Klang sahaja, terdapat 32 projek atasi masalah banjir di Klang dengan keseluruhan perbelanjaan berjumlah RM47.55 juta,” katanya kepada pemberita hari ini.
Terdahulu, beliau mempengerusikan mesyuarat kemajuan infrastruktur bagi kawasan seliaan Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) (Banjir/Jalan dan Cerun) di pejabat MBDK di sini.
Menurut Izham, semua projek tersebut akan diuruskan oleh Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) Selangor dengan langkah pendek diambil seperti membesarkan longkang, membaiki pintu kunci air dan membina parit baharu. – KOSMO! ONLINE
The post 17 projek jangka pendek atasi banjir di Klang appeared first on Kosmo Digital.