Auto Added by WPeMatico

KUALA LUMPUR – SCORE Marathon 2026 terus mencipta fenomena apabila bakal menghimpunkan seramai 50,000 peserta, sekali gus muncul sebagai acara larian terbesar di Malaysia setakat ini.
Ketua Pegawai Eksekutif SCORE Sports Management, Patricia Tan berkata, angka tersebut bukan sekadar pencapaian, tetapi simbol perubahan landskap sukan larian tempatan.
“Apa yang kita lihat sekarang bukan sekadar peningkatan jumlah peserta, tetapi perubahan cara masyarakat mendekati sukan ini, daripada pelari kali pertama kepada mereka yang mengejar prestasi,” katanya.
Acara yang dijadual berlangsung di Dataran Putrajaya pada 18 dan 19 Julai itu bakal mempertandingkan empat kategori utama iaitu 5 kilometer (km), 10km, separuh maraton (21km) dan maraton penuh (42km).

Lebih menarik, edisi kali ini turut menampilkan barisan pelari elit serantau termasuk pemegang rekod kebangsaan separuh maraton Malaysia, K.Prabudass serta jaguh Singapura, Soh Rui Yong.
Prabudass yang akan membuat penampilan sulung di SCORE Marathon mengakui teruja meskipun masih dalam proses kembali ke tahap terbaik selepas kecederaan.
“Tahun ini merupakan kali pertama saya menyertai SCORE Marathon, jadi saya memang teruja dan tidak sabar, lebih-lebih lagi akan berlari bersama rakan saya, Soh Rui Yong dari Singapura,” katanya.
Menurutnya, laluan berbukit di Putrajaya menuntut persiapan rapi dan bukan lokasi ideal untuk memburu rekod, namun pelari itu tetap meletakkan sasaran peribadi untuk mencatat masa terbaik musim ini. – KOSMO! ONLINE
The post 50,000 pelari gegar SCORE Marathon 2026 appeared first on Kosmo Digital.

