Auto Added by WPeMatico

KUALA LUMPUR – Skuad memanah compound wanita negara melakar sejarah apabila merangkul pingat emas sulung di Kejohanan Piala Asia Singapura 2025 selepas menewaskan pasukan pilihan utama, India sebentar tadi.
Kemenangan itu diraih menerusi penentuan shoot-off selepas kedua-dua pasukan terikat dengan kutipan mata 232-232 selepas tamat empat pusingan di Bukit Gombak, Singapura.
Gandingan trio negara, Fatin Nurfatehah Mat Salleh, Saritha Cham Nong dan Ng Sui Kim mempamerkan ketenangan luar biasa dalam aksi penentuan dengan mengumpul 29 mata sekali gus mengatasi pasukan India yang sekadar mencatat 26 mata.
Kejayaan ini amat manis buat skuad negara yang diletakkan sebagai pilihan ketiga kejohanan, berjaya menumbangkan gergasi memanah Asia yang merupakan pilihan pertama untuk memenangi emas.
Kemenangan bersejarah ini dianggap sebagai pembakar semangat penting bagi skuad memanah negara dalam persiapan mereka menghadapi cabaran lebih besar, termasuk Sukan SEA Thailand 2025. -KOSMO! ONLINE
The post Panahan emas trio compound di Piala Asia appeared first on Kosmo Digital.