Auto Added by WPeMatico

BANGKOK – Seekor anjing liar di wilayah Nonthaburi, Thailand, ditikam enam kali dengan pisau selepas membuang air kecil pada kereta milik seorang lelaki, lapor portal berita MSNews hari ini.
Menurut saluran berita televisyen Thai Channel 7, anjing liar itu dipercayai berusia kira-kira lima tahun, mempunyai enam kesan tikaman pada badannya.
Haiwan dikenali dengan nama Yak itu ditemui duduk ketakutan di atas sofa lama yang koyak, lapor saluran televisyen tersebut.
Menceritakan kejadian itu, seorang wanita yang menguruskan kedai runcit berhampiran lokasi kejadian berkata, dia mendengar suara Yak melolong kesakitan.
Apabila berlari keluar untuk memeriksa, dia dilaporkan melihat dua lelaki menikam anjing itu dengan pisau.
Susulan serangan itu, seorang lagi wanita, Sarintip yang menjaga Yak dengan kerap dan anggota penyelamat haiwan, Joob membawa anjing yang cedera itu ke klinik veterinar untuk dirawat.
Anjing itu semakin pulih untuk menjalani pembedahan bagi merawat kecederaannya. – AGENSI
The post Anjing liar ditikam selepas buang air kecil pada kereta lelaki appeared first on Kosmo Digital.