Auto Added by WPeMatico

![]()
KUALA LUMPUR – Majlis Amanah Rakyat (Mara) diarah mempercepatkan penyediaan pindaan akta baharu bagi memperkukuh tadbir urus dan kecekapan institusi itu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, institusi itu tidak perlu berlengah untuk mempersiapkan draf terbabit demi menyuarakan kepentingan bumiputera.
“Saya harap draf pertama Timbalan Perdana Menteri (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) siap sebelum akhir tahun.
“Saya tak perlu tunggu. Ini semua hadapan saya pakar-pakar, nak tunggu sepanjang 7-8 bulan sebab apa? Beri draf kepada saya dalam tempoh tiga bulan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Sambutan 60 Tahun Mara di Pusat Dagangan Dunia (WTC), di sini hari ini.
Sebelum ini, Pengerusi Mara, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata pindaan Akta Mara 1996 dijangka dibentangkan di Parlimen seawal Jun ini bagi memastikan agensi itu terus relevan serta ditadbir urus dengan lebih berkesan.
Beliau berkata draf pindaan akta berkenaan sudah siap dan kini berada dalam fasa sesi libat urus bersama pelbagai kementerian dan agensi berkaitan termasuk Kementerian Kewangan, Kementerian Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri serta Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang bagi mendapatkan pandangan menyeluruh.- KOSMO! ONLINE
The post PM arah Mara percepatkan pindaan akta baharu appeared first on Kosmo Digital.
