Auto Added by WPeMatico

KUALA LUMPUR – Polis menahan lima lelaki disyaki terlibat dalam pergaduhan selepas perlawanan bola sepak Kelayakan Piala Asia 2027 di antara Malaysia dan Vietnam di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), di sini, semalam.
Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Ridzuan Khalid berkata, penahanan ke atas suspek dibuat di kawasan tempat letak kereta B SNBJ, di sini, kira-kira pukul 11.50 malam.
“Kesemua suspek direman selama sehari sehingga esok dan kes disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan.
“Siasatan masih diteruskan dan akan dirujuk ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk
arahan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Tambahnya, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian boleh menghubungi hotline polis Cheras di talian 03-9284 5050/ 5051, hotline polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis berdekatan.
Terdahulu, tular sebuah klip video memaparkan sekumpulan penyokong bola sepak terlibat pergaduhan selepas perlawanan Malaysia menentang Vietnam di pekarangan SNBJ, di sini. – KOSMO! ONLINE
The post 5 ditahan terlibat pergaduhan selepas perlawanan Malaysia-Vietnam appeared first on Kosmo Digital.