Auto Added by WPeMatico

![]()
PENGGEMPUR baharu Harimau Malaya, Bergson Da Silva enggan dibebani dengan tekanan untuk muncul sebagai ‘mesin gol’ pasukan negara sebaliknya melihat tugas menjaringkan gol sebagai tanggungjawab besar.
Bergson berkata, peluang menyarung jersi Harimau Malaya buat kali pertama pada kempen Piala ASEAN FIFA kali ini adalah impian yang akhirnya menjadi kenyataan dan mahu memanfaatkan detik itu dengan memberikan aksi terbaik.
“Saya menganggapnya sebagai satu tanggungjawab besar yang positif, bukan tekanan.
Setiap langkah yang kita ambil dalam hidup datang dengan sasaran. Berada di sini adalah satu lagi tanggungjawab besar buat saya.
“Secara jujur, saya sentiasa mahu memakai jersi ini dan bersama pasukan ini. Sekarang adalah masa untuk menikmati detik ini dan memberikan yang terbaik,” kata penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT) itu,
Sebagai rekod, pemain naturalisasi kelahiran Brazil itu terkenal dengan ketajamannya di depan gawang sejak menyertai JDT pada 2021 sehingga menjadi penjaring terbanyak sepanjang zaman Liga Super.
Kini, Bergson yang berusia 35 tahun menjadi antara sandaran utama buat skuad kendalian Tan Cheng Hoe dalam misi melangkah jauh dalam kejohanan berprestij anjuran FIFA itu.
Sementara itu, Bergson turut percaya tiada lawan mudah dalam Kumpulan A yang turut dihuni Bangladesh, Singapura dan Indonesia.
“Buat masa sekarang, tiada perlawanan yang mudah. Semua pasukan kuat dari segi taktikal serta fizikal dan kita perlu bekerja keras untuk mendapatkan mata,” katanya.
The post Piala ASEAN FIFA: Bergson enggan rasa terbeban appeared first on Kosmo Online.
