Auto Added by WPeMatico

PETALING JAYA – Tindakan seorang lelaki warga emas menegur sekumpulan remaja perempuan yang duduk melepasi garisan keselamatan di platform Transit Aliran Ringan (LRT) Stesen Salak Selatan mencuri perhatian ramai.
Kejadian itu dirakam menerusi satu hantaran video di TikTok milik @Lingling ketika pemilik akaun sedang menaiki eskalator di stesen berkenaan.
Menurutnya, dia terkejut melihat beberapa remaja duduk terlalu hampir dengan landasan sebelum ditegur oleh seorang lelaki warga emas.
“Lepas ni kena ‘aware’ (berjaga-jaga) selalu rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) sebab tadi terkejut tengok budak-budak tu lepak tepi platform, rapat betul,” tulis pemilik akaun di ruangan kapsyen.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa bimbang dengan tindakan berbahaya tersebut yang boleh mengundang tragedi.
“Dulu hari-hari naik LRT. Tak pernah nampaklah orang tunggu tren duduk tepi platform tu. Haih seriau je,” kata Schafyra.
“Dia orang ingat, ‘line’ (garisan) kuning tu hiasan ke?,” komen Moony.
“Mesti mereka duduk situ rasa gempak kan,” kata Dhia.
Setakat ini, hantaran tersebut telah menerima 3,461 tanda suka, 97 komen dan 235 perkongsian. – KOSMO! ONLINE
The post [VIDEO] Ingat ‘line’ kuning sekadar hiasan? appeared first on Kosmo Digital.