Auto Added by WPeMatico

PETALING JAYA – Seorang penunggang motosikal maut dipercayai terbabas ketika melalui Persiaran Mokhtar Dahari, Shah Alam hari ini.
Lebih memilukan, kelihatan seorang wanita dan kanak-kanak dipercayai saudara mangsa menangis hiba di sisi jasadnya yang ditutupi kain putih.
Menerusi perkongsian Lando Zawawi Vrus di media sosial, kemalangan dipercayai berpunca daripada tanah dan batu yang bersepah atas jalan selepas dilalui kenderaan berat serta tidak mengikut prosedur operasi standard (SOP).
“Sila bertanggungjawab atas semua permit galian dan kondisi jalan setelah menjadi laluan kenderaan berat lori tanah yang langsung tak ikut SOP keluar kuari.
“Tiada flagman, tanah, batu bersepah atas jalan. Tiada kolam cucian tayar. Manakala saluran air ke longkang tersumbat, bila hujan air membawa tanah dan batu berkumpul sehingga masuk laluan.
“Kamu yang menyokong dan memberi permit perlu bertanya pada diri sendiri, ‘Mana pemantauan SOP aktiviti kuari yang kamu benarkan?’,” katanya.
Selain berkongsi hantaran video di lokasi kejadian, beliau turut memaklumkan bahawa mangsa baharu sahaja bernikah.
“Mangsa baru bernikah dan diketahui isteri mangsa sedang mengandung. Wanita dan kanak-kanak (dalam video) tu saudara mangsa,” ujarnya.
Menerusi hantaran sama, Lando turut menyertakan tanda pagar ##PejabatDaerahDanTanahPetaling dan #JKRPetaling. – KOSMO! ONLINE
The post [VIDEO] Pasir, batu tepi jalan didakwa punca rider maut appeared first on Kosmo Digital.