Auto Added by WPeMatico

![]()
LANGKAWI – Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada) menyatakan kedatangan pelancong ke pulau peranginan ini turut ditampung oleh feri Roll On Roll Off (Roro) susulan pengurangan perjalanan feri penumpang sejak bulan lalu.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Iskandar Mohd. Kaus berkata, pihaknya juga telah mengadakan perbincangan dengan kementerian berkaitan bagi menyelesaikan isu perjalanan feri di pulau peranginan ini.
“Kita tidak nafikan pengurangan perjalanan feri akan mengganggu jumlah kemasukan pelancong ke Langkawi. Saya sendiri melihat feri Roro dipenuhi penumpang yang tidak membawa kenderaan semasa dalam perjalanan balik dari mesyuarat di Putrajaya baru-baru ini,” katanya pada sidang akhbar selepas menyerahkan sumbangan tanggungjawab sosial korporat (CSR) penggantian karpet Masjid Nurul Islam, di Sungai Itau, Ayer Hangat, di sini hari ini.
Katanya, pergolakan di Asia Barat yang mencetuskan isu ekonomi global dijangka turut menjejaskan kemasukan pelancong ke sini yang menggunakan penerbangan transit di negara-negara terbabit.
Menurutnya lagi, sehingga Februari tahun ini, Langkawi mencatatkan 452,775 orang pelancong yang masuk ke sini. – KOSMO! ONLINE
The post Feri Roro bantu tampung kemasukan pelancong ke Langkawi appeared first on Kosmo Digital.
