Auto Added by WPeMatico

![]()
PETALING JAYA – Selepas hampir dua minggu menjadi ‘penghuni’ di sebuah perhentian bas dipercayai di ibu negara, seorang warga emas dikenali sebagai Pak Yunus, 70, akhirnya diselamatkan, hari ini.
Menerusi perkongsian Ketua Aktivis dan Pengasas Pertubuhan Jejak Jalanan, Mohamad Azhan Mohamed Adnan atau Abbe Hae, misi berkenaan turut disertai pasukannya dan beberapa agensi kerajaan.
Terdahulu menerusi perkongsiannya di media sosial pada semalam, memaparkan video lelaki tersebut sedang terbaring lesu dan tidak menjawab sebarang pertanyaan daripada Abbe Hae serta beberapa individu lain.
Turut dilihat berada di lokasi berkenaan pada ketika itu adalah pasangan suami isteri berbangsa Cina dikenali sebagai J dan Melissa.
Kedua-duanya memaklumkan, mereka akan memberikan makanan dan minuman kepada lelaki itu setiap kali melalui jalan tersebut.
“Abbe dimaklumkan kes ini oleh seorang pengguna media sosial bernama Zie. Malam tadi (semalam) Abbe bergegas ke lokasi dengan rakan-rakan dari Chow Kit.
“10 minit kemudian, sebuah kereta berhenti dan keluar pasangan suami isteri memberikan pakaian untuk diberikan pada lelaki terlantar ini.
“Mereka kata hanya itu yang mampu mereka lakukan dan memaklumkan bahawa mereka turut laporkan kepada polis, tapi ini bukan kes polis,” katanya.
Perkongsiannya itu meraih sokongan dan pujian orang ramai, malah ada yang memuji keprihatinan pasangan suami isteri tersebut.
“Terima kasih Hea, Melissa dan suami. Orang baik akan dibalas baik. Semoga esok ada keceriaan buat pak cik,” ujar @Wswl Wan Salmi.
“Terima kasih bertemu orang baik-baik tak kira bangsa tolong orang dalam kesusahan,” komen @Chesu Jamaludin. – KOSMO! ONLINE
The post [VIDEO] Pak Yunus penghuni hentian bas akhirnya diselamatkan appeared first on Kosmo Digital.
