Auto Added by WPeMatico

PETALING JAYA – Perdebatan soal tanggungjawab di dalam perkahwinan tidak pernah selesai.
Baru-baru ini, seorang pempengaruh telah mengeluarkan kenyataan yang mengatakan tanggungjawab untuk memasak jatuh kepada suami dan jika si isteri melakukannya, ia adalah kerana ihsan.
Melalui hantaran di laman TikTok milik @_Donjany, dia memberi nasihat bahawa hubungan rumah tangga ialah hubungan yang dibina daripada rasa kasih dan sayang.
“Kalau suami ada Rahmah, dia tak akan berkira untuk tolong isterinya di dapur, kalau isteri ada Mawaddah, dia akan masak bukan sebab ia wajib, tetapi sebab dia sayang,” katanya.
Di akhir video, dia menjelaskan dalam perkahwinan, suami dan isteri mestilah bersama membentuk hubungan yang dipenuhi dengan Sakinah, Mawaddah dan Rahmah.
Meninjau ke ruangan komen, pelbagai reaksi telah diberikan oleh netizen.
“Betul, suami & isteri tak patut berkira dengan ‘each other,’” kata @Perfumes lover.
“Semoga perkahwinan kalian menemui Sakinah Mawaddah & Rahmah,” @dzulmuazzem
“Sama sama nak bahagia,” @bazliqq. – KOSMO! ONLINE.
The post Nak bahagia, perlu ada Sakinah, Mawaddah dan Rahmah appeared first on Kosmo Digital.