Auto Added by WPeMatico

KUALA LUMPUR – Kerajaan dicadang memberi ganjaran kepada penjawat awam yang mendedahkan tentang salah laku kakitangan awam lain dalam usaha menangani gejala rasuah.
Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Ramli Mohd Nor berkata, Langkah tersebut bukan bermaksud ‘kawan makan kawan’, tetapi demi kesejahteraan rakyat dan negara ini.
“Apakah mungkin kita beri `reward’ kepada kakitangan awam yang memecahkan cerita yang berlaku di dalam.
“Tiada apa akan berlaku melainkan rakan-rakan sekeliling mereka yang melakukan. Kita beri ‘reward’ RM1,000 atau RM2,000 saya rasa boleh dipertimbangkan,” katanya pada sidang Dewan Rakyat, di sini hari ini.
Beliau mengemukakan cadangan itu kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail selepas sesi soal jawab membabitkan isu sindiket Fly dan U-turn di Imigresen Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) – KOSMO! ONLINE
The post Dewan Rakyat: Beri ganjaran dedah perbuatan rasuah rakan sekerja appeared first on Kosmo Digital.