Auto Added by WPeMatico

PETALING JAYA – Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Dr. Mohd. Ali Mohd. Rustam mengadakan lawatan rasmi ke Pejabat Media Mulia di Quattro West, di sini, hari ini.
Ketibaan beliau pada pukul 3.30 petang disambut barisan pengurusan tertinggi diketuai Pengarah Urusan dan Pengarang Kumpulan Media Mulia, Mohamad Azlan Jaafar, Pengarang Utusan Malaysia/ Mingguan Malaysia, Aznan Bakar, Pengarang Kosmo!/ Kosmo! Ahad, Wan Hasnan Wan Hasan dan Ketua Pegawai Kewangan, Abdul Wahid Idris.
Dalam lawatan selama selama kira-kira tiga jam itu, Mohd. Ali diberikan taklimat berkaitan Media Mulia dan lawatan eksklusif melihat operasi editorial terdiri daripada Utusan Malaysia, Kosmo!, The Malaysian Reserve (TMR) dan Media Mulia TV.
Mohd. Ali turut dibawa melihat pameran keratan akhbar memaparkan liputan berita mengenai beliau dari usia remaja sehingga mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Melaka pada 3 Disember 1999.
Ketika melihat pameran berkenaan, Mohd. Ali juga sudi berkongsi kisah di sebalik liputan berita berkaitan tulisan Cina sewaktu penjajahan Jepun ketika beliau melawat Masjid Datuk Machap di Alor Gajah, Melaka.
Dalam pada itu, jamuan makan ringkas namun meriah turut diadakan bersama Mohd. Ali di Galeri Sofia, di sini, yang disertai pengurusan tertinggi Media Mulia termasuk barisan pengarang dan jabatan editorial.
Lawatan Mohd. Ali ke Pejabat Media Mulia hari ini merupakan simbolik dalam mengukuhkan hubungan bersama syarikat media tempatan. – KOSMO! ONLINE
The post TYT Melaka, Tun Mohd. Ali lawat Media Mulia appeared first on Kosmo Digital.