Auto Added by WPeMatico

![]()
LONDON – Satu laporan baharu mendapati bahawa dua syarikat penerbangan tambang rendah yang berpangkalan di United Kingdom (UK) dinamakan sebagai syarikat penerbangan paling kerap mengalami kelewatan, lapor portal berita MailOnline.
Kedudukan tersebut adalah berdasarkan Laporan Pasport Global 2025 yang dijalankan oleh aplikasi penjejakan penerbangan, Flighty dengan melibatkan lebih 22 juta perjalanan penggunanya tahun ini.
Aplikasi tersebut menjejaki jadual pengguna, ketibaan pesawat dan prestasi penerbangan setiap hari untuk mengira serta memberi amaran tentang penangguhan atau kelewatan.
Menerusi ranking berkenaan, Ryanair, EasyJet dan Air France menduduki tempat tiga teratas dengan 29 peratus penerbangan paling kerap mengalami penangguhan.
Frontier Airlines dari Amerika Syarikat pula berada di kedudukan keempat dengan 28 peratus penerbangannya mencatatkan penangguhan.
Lufthansa dan Qantas berada di tempat kelima kerana 26 peratus penerbangan mereka pernah ditangguhkan.
Empat syarikat penerbangan lain yang berada pada kedudukan 10 teratas adalah KLM Royal Dutch, Air Canada, JetBlue Airways dan Southwest Airlines dengan 25 peratus penerbangan mereka ditangguhkan. – AGENSI
The post Dua syarikat penerbangan UK paling kerap tangguh perjalanan appeared first on Kosmo Digital.