Auto Added by WPeMatico

WASHINGTON – Suspek pembunuh Charlie Kirk dihadapkan di mahkamah menerusi sesi perbicaraan maya semalam dengan pendakwa raya menyatakan bahawa pihaknya meminta hukuman mati berhubung jenayah tersebut yang menggemparkan Amerika Syarikat (AS).
Kirk yang merupakan sekutu rapat Presiden Donald Trump dan pengasah kumpulan aktivis pelajar Turning Point USA, ditembak mati semasa acara di kampus sebuah universiti di Utah minggu lalu.
Kematian pempengaruh berumur 31 tahun itu mengejutkan penyokong dan pemimpin politik berhaluan kanan di seluruh AS.
Tyler Robinson, 22, dituduh menembak sebutir peluru dari atas bumbung bangunan yang menembusi leher Kirk dan menyebabkan kematiannya di hadapan beribu-ribu orang.
Operasi memburu suspek berakhir selepas 33 jam apabila ibu bapa Robinson memujuknya untuk menyerah diri.
Robinson memakai pakaian pencegah bunuh diri ketika muncul dalam skrin semasa perbicaraan di sebuah mahkamah di Utah semalam untuk mendengar pertuduhan terhadapnya.
Pertuduhan paling serius adalah pembunuhan selain menghalang undang-undang dan mengganggu saksi selepas mengarahkan teman sebiliknya supayaberdiam diri.
“Saya memfailkan notis untuk meminta hukuman mati. Saya membuat keputusan ini bukan sambil lewa dan ia keputusan bebas (tanpa tekanan) sebagai pendakwa raya county (kawasan) berdasarkan sepenuhnya kepada bukti dan natijah jenayah tersebut,” katanya. – AFP
The post Pendakwa raya minta hukuman mati terhadap suspek pembunuh Charlie Kirk appeared first on Kosmo Digital.