Auto Added by WPeMatico

![]()
PENGENDALI Imigresen FC, Yusri Che Lah mengakui beban yang menghimpit dirinya sebelum ini makin berkurangan apabila meraih kemenangan sulung dalam Liga Super dengan menewaskan Penang FC 1-0 di Stadium Bandaraya semalam.
Bagaimanapun, Yusri membayangkan momentum pasukannya mungkin akan terbantut kerana saingan Liga Super akan berehat seketika dan disambung semula selepas rehat antarabangsa hujung bulan ini.
“Komitmen ditunjukkan para pemain amat saya hargai dan terharu, namun kita tidak boleh berhenti di sini. Tiga minggu tempoh rehat antarabangsa, kita perlu gunakan peluang sebaik mungkin untuk tambah baik.
“Saya rasa sudah habis (tekanan) selepas tujuh aksi yang lalu kita ‘menulis’ banyak benda, tidak menang, bolos 17 kali dan hanya jaringkan lima gol,” katanya yang turut berterima kasih kepada penjaring gol tunggal perlawanan, Wilmar Jordan Gil.
Mengambil kira enam mata yang diraih ketika ini, Yusri berpendapat seluruh pasukan harus berasa gusar memandangkan jurang dengan kelompok lebih bawah tidak terlalu besar.
Elemen bertahan menjadi perkara paling dirisaukan oleh Yusri dan menuntut kerjasama semua pemain untuk segera memperbaiki kelemahan bagi mengelak detik sukar melepaskan 17 gol dalam tujuh perlawanan.
“Banyak sangat kerja rumah yang perlu dibuat. Saya lihat dari segi bertahan yang pada saya kami patut berasa risau,” katanya. – KOSMO! ONLINE
The post Liga Super: Yusri lega tekanan mula reda appeared first on Kosmo Digital.