Auto Added by WPeMatico

![]()
PETALING JAYA – Kerajaan meluluskan peruntukan sebanyak RM48 juta bagi membantu lebih 240,000 pesawah berdaftar yang terkesan akibat kenaikan kos serta musim kemarau berpanjangan, khususnya di utara Kedah.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, antara langkah segera yang dipersetujui dalam Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara ialah pemberian bayaran pendahuluan sebanyak RM200 bagi insentif pembajakan.
“Langkah ini penting kerana pesawah kini berdepan kekangan modal untuk menyewa jentera pembajak susulan peningkatan harga diesel komersial.
“Program pembajakan mesti diteruskan, tetapi mereka perlukan modal segera. Jadi kita putuskan beri pendahuluan supaya kerja penanaman tidak tergendala,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar Taklimat Krisis Bekalan Global hari ini.
Sebelum ini, kerajaan telah meningkatkan kadar insentif pembajakan daripada RM160 kepada RM300 sehektar yang diumumkan oleh Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu pada 14 April lalu.
Dalam pada itu, Anwar berkata, kerajaan turut mempergiat usaha pembenihan awan melalui Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) serta bantuan Jabatan Bomba bagi menangani kesan kemarau terhadap sektor pertanian. – KOSMO! ONLINE
The post Kerajaan lulus RM48 juta bantu pesawah, pembajakan appeared first on Kosmo Digital.
