Auto Added by WPeMatico

PETALING JAYA – Rakyat Malaysia mendesak Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk mengambil tindakan tegas terhadap seorang pemain bola Indonesia yang didakwa menghina anggota polis sewaktu menjalankan tugas.
Ia susulan video tular dimuat naik pemain bola tersebut, Adam Alis yang mana ketika itu dia bersama dua lagi rakannya ditahan polis selepas dikatakan memandu melawan arus.
Pada video itu, anggota polis tersebut meminta mereka menunjukkan pasport, namun mereka dikatakan gagal berbuat demikian, selain kemudian diminta menunjukkan kad pengenalan Indonesia.
Anggota polis itu turut menegur mereka supaya membawa pasport ke mana sahaja ketika berada di negara ini.
Bagaimanapun, video itu mengundang kemarahan rakyat Malaysia apabila terdapat komen tuduhan daripada Adam Alis kepada anggota polis tersebut, namun sehingga kini tiada bukti dipaparkan lelaki itu.
Berikutan itu, pelbagai hantaran oleh rakyat Malaysia di media sosial mendesak KDN segera mengambil tindakan tegas, manakala media sosial Adam Alis juga dihujani kritikan susulan perbuatan tersebut.
Pempengaruh, Zhiddin Aziz memuat naik video pada TikTok memohon KDN memberi perhatian pada isu tersebut, malah dia turut mengingatkan kepada warga asing yang mahu berkunjung ke negara ini supaya mematuhi undang-undang Malaysia.
“Rakyat Malaysia geram tu, dia tuduh polis Malaysia nak ‘paw’ dia. Dia berani tuduh tu, dia tak tahu polis Malaysia wajib pakai kamera dan mikrofon di badan, bermakna memang tiada ruang untuk ‘paw’ duit kalian.
“Tolonglah KDN ingatkan mereka, anggota polis Malaysia bukan watak animasi yang boleh dipersendakan. Lain negara, lain tatanya, masuk kandang kambing mengembek, masuk ke kadang kerbau menguak.
“Maka datang sebagai tetamu, beradablah sebagai tetamu. Ini Malaysia, undang-undang Malaysia bukan boneka untuk ditipu, bukan hiasan untuk disapu dan maruah polis Malaysia bukan lantai untuk kamu calar sesuka hati kamu,” katanya.
Dalam masa sama, ada juga yang mendesak permohonan maaf daripada pemain bola tersebut kepada polis Malaysia atas tuduhan fitnah berkenaan.
“Harap ada tindakan dan harap juga ada permohonan maaf daripada si pelaku,” kata pengguna TikTok Prince Twin.
“Lepas tu fitnah polis Malaysia. Bukti pun tak ada,” komen Cahaya Ilahi.
Terdahulu, Adam Alis yang juga pemain kelab Indonesia, Persib Bandung ke negara ini bagi menyertai aksi Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) menentang Selangor FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya. – KOSMO! ONLINE
@keepcomeandwatch izin ketua @Adam Alis banyak bobotoh yang kepo kelanjutannya, belum tau aja di dalem mobil ada kakang pak polisi nya persib dan yang nyetirnya robi anggota tni #adamalis #polisi #kakangrudianto #robidarwis #saddilramdani ♬ DJ TOR MONITOR KETUA ORANG BARU LEBE GACOR – Dj Syed
The post [VIDEO] Pemain bola Indonesia hina PDRM, KDN diminta ambil tindakan appeared first on Kosmo Digital.