Auto Added by WPeMatico

![]()
WASHINGTON – Seorang pemandu diarah keluar daripada lorinya selepas gagal berkomunikasi dalam bahasa Inggeris semasa rondaan jalan raya, lapor portal berita VnExpress semalam.
Polis lebuh raya di negeri Arkansas menahan pemandu lori itu untuk soal siasat dalam kejadian yang dilaporkan sebagai ujian kecekapan bahasa Inggeris pertama bagi pemandu kenderaan komersial, demikian menurut portal kenderaan Carscoops.
Ketika ditanya sama ada terdapat orang lain di dalam lori itu, dia menjawab dengan penuh yakin: “Ya, ini syarikat saya.”
Anggota polis itu kemudian bertanya nama majikannya dan pemandu itu menjawab: “California.”
Mereka kemudian bergerak ke kereta peronda, di mana anggota polis menunjukkan empat simbol trafik biasa.
Dia hanya mengenal pasti satu simbol iaitu tanda ‘Dilarang Parkir’ dan kebetulan, lorinya memang diletakkan di kawasan larangan meletak kenderaan.
Polis itu kemudian menjelaskan kepada rakan sekerjanya bahawa arahan persekutuan menyatakan bahawa pemandu yang tidak fasih berkomunikasi atau membaca dalam bahasa Inggeris perlu diberhentikan untuk soal siasat dan mentafsir empat tanda trafik.
Dalam kes itu, pemandu tersebut gagal dalam kedua-dua ujian dan tidak dibenarkan meneruskan pemanduan. – AGENSI
The post Pemandu lori diarah jalan kaki kerana tidak fasih bahasa Inggeris appeared first on Kosmo Digital.