Auto Added by WPeMatico

![]()
PETALING JAYA – “Bertahun sudah geng sindiket ini mengemis di sini. Bolehlah minta Jabatan Imigresen (JIM) Selangor serbu”.
Itu antara gesaan orang awam terhadap JIM Selangor yang mendakwa terdapat sindiket pengemis yang sudah ‘bertapak’ di Pandan Jaya, Selangor.
Menerusi media sosial, individu itu turut berkongsikan video yang memaparkan situasi semasa di Pasar Malam Pandan Jaya, semalam.
“Inilah sindiket muka pengemis warga asing tetap di Pasar Malam Pandan Jaya, Selangor.
“Pandan Jaya adalah kawasan terbesar penempatan warga asing di keseluruhan di bangunan perniagaan sekitar Pandan Jaya dan juga Flat Pandan Jaya,” dakwanya.
Hantarannya itu meraih perhatian orang ramai yang meninggalkan pelbagai komen pada hantaran tersebut termasuk menyokong tindakan penguatkuasaan dilakukan segera.
“Orang kita juga yang sibuk nak derma. Lantak kau orang la. Nanti cakap lebih, kau orang ceramah aku,” ujar seorang pengguna.
“Pihak imigresen dan pihak penguat kuasa terdekat tu dah boleh melawat pergi pasar malam ini. Selagi tak ada orang lapor, memang akan menjadi-jadi,” komen pengguna lain.
“Depan Masjid Salahuddin Al-Ayyubi, Taman Melati pun ada setiap Jumaat,” dakwa @Fummyzainal. – KOSMO! ONLINE
The post Orang awam gesa imigresen ‘serbu’ Pasar Malam Pandan Jaya appeared first on Kosmo Digital.
