Auto Added by WPeMatico

![]()
KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengeluarkan 19 notis kompaun dan membuat 32 sitaan dalam operasi bersepadu membanteras kegiatan perkhidmatan fotografi tanpa kebenaran atau ‘ulat foto’ di sekitar kawasan KLCC malam tadi.
DBKL dalam kenyataan berkata, operasi dikenali sebagai Op Lens: Ulat Foto itu dilaksanakan dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di kawasan tumpuan awam sekitar Pintasan Saloma, Jalan Ampang dan Jalan P. Ramlee bermula pukul 9 malam semalam.
Menurut DBKL, operasi tersebut memfokuskan tindakan penguatkuasaan terhadap individu yang menjalankan perkhidmatan fotografi tanpa kebenaran di tempat awam.
“Antara peralatan disita termasuk telefon bimbit, lampu, gimbal dan peralatan lain yang digunakan bagi aktiviti berkenaan, dengan 13 daripadanya melibatkan warga asing. Tindakan penguatkuasaan itu dilaksanakan mengikut kesalahan di bawah Undang-Undang Kecil Pelesenan Penjaja (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 2016,” katanya dalam kenyataan hari ini.
DBKL berkata, pihaknya akan terus memantau dan mengambil tindakan penguatkuasaan dari semasa ke semasa bagi memastikan kawasan awam kekal selamat daripada aktiviti perkhidmatan fotografi tanpa kebenaran yang menyalahi undang-undang.
Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai aduan atau maklum balas berhubung sebarang aktiviti seumpama itu boleh menyalurkannya menerusi saluran rasmi DBKL. – KOSMO! ONLINE.
The post DBKL kompaun 19 ‘ulat foto’ sekitar KLCC appeared first on Kosmo Digital.
