Auto Added by WPeMatico

PETALING JAYA – Jaguh Muay Thai negara, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar atau lebih dikenali sebagai Jojo, gagal menahan emosi selepas tewas dalam aksi One Fight Night 32 yang berlangsung di Stadium Lumpinee, Bangkok, Thailand, malam tadi.
Dalam keadaan sebak, Johan, 19, menyifatkan kekalahannya sebagai lumrah dalam dunia sukan dan enggan mengulas lanjut mengenai pertarungannya menentang wakil Colombia-Amerika Syarikat, Diego Paez.
“Jojo tidak mahu bagi alasan banyak, ingin ucapkan terima kasih semua dan jumpa dekat fight (perlawanan) akan datang,” katanya dalam satu wawancara.
Kekalahan itu merupakan yang kedua berturut-turut buat Johan dalam kategori ‘flyweight’, selepas tewas menerusi keputusan ‘split decision’ selepas tiga pusingan pertarungan sengit.
Meskipun kecewa, majoriti penyokong sukan Muay Thai tetap memberikan sokongan padu kepada Johan dan berharap beliau akan bangkit lebih kuat dalam aksi yang akan datang. – KOSMO! ONLINE
@kasipanasofficial 7/6/2025 : Comeback Stronger Johan “JoJo” Ghazali, Ini Bukanlah Akhir Malah Baru Sahaja Bermula Awak Masih Muda . @JohanGhazaliMuaythai #kasipanasofficial #muaythai #thailand #muaythaimalaysia #onechampionship #bulanbintang #muaythaiclub #muaythaiusa #kahf #blancofragrance #nateskin ♬ suara asli – Vibes lyrics only
![]()
The post [VIDEO] Kasihan Jojo, suara sudah tersekat-sekat appeared first on Kosmo Digital.