Auto Added by WPeMatico

![]()
SHAH ALAM – Pelajar perempuan yang maut ditikam di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama, minggu lalu tiba di Krematorium Nirvana Shah Alam di sini, untuk disemadikan secara pembakaran hari ini.
Mendiang Yap Shing Xuen,16, yang dibawa dengan sebuah kenderaan tiba di lokasi itu, kira-kira pukul 12.20 tengah hari. Kra-kira 100 ahli keluarga dan kenalan mendiang turut menghadiri upacara itu.
Terdahulu, upacara penghormatan terakhir turut diadakan di Nirvana Kuala Lumpur pada sebelah pagi dengan 100 belon biru putih dilepaskan ke udara sebagai simbol doa dan restu perpisahan.
Shing Xuen ditemukan berlumuran darah di kawasan tandas sekolah akibat parah dengan kesan tikaman pada leher dan badan, kira-kira pukul 9.10 pagi, 14 Oktober lalu.
Seorang suspek berusia 14 tahun yang juga pelajar sekolah sama ditahan dan dua senjata tajam dirampas di sekitar lokasi kejadian.
Selain suspek, polis merekodkan keterangan 127 saksi termasuk pelajar, guru, kakitangan sekolah, kaunselor dan keluarga mangsa bagi membantu siasatan.
Sebelum ini, ibu mangsa, Wong Lee Pong mendakwa ahli patologi memaklumkan mangsa yang tidak mengenali suspek telah ditikam sebanyak 200 kali. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan suspek direman seminggu sehingga esok bagi membantu siasatan.-KOSMO! ONLINE.
The post Kes tikam pelajar: Jasad Shing Xuen tiba di Nirvana Shah Alam appeared first on Kosmo Digital.
