Auto Added by WPeMatico

![]()
KOTA BHARU – Tiga lelaki yang dipercayai merompak beg duit dan mencederakan seorang wanita warga emas selepas membeli ikan di Nilam Puri di sini sehingga rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) kejadian itu tular pada Sabtu lalu direman tujuh hari.
Perintah reman yang bermula hari ini hingga Isnin depan itu dikeluarkan oleh Majistret Amirul Asyraf Abdul Rasid terhadap ketiga-tiga lelaki berusia 18, 20 dan 36 tahun.
Tahanan reman ketiga-tiga suspek itu bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasayan mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan.Terdahulu, tular di media sosial rakaman CCTV memaparkan seorang wanita warga emas keluar dari sebuah premis selepas membeli ikan di Nilam Puri di sini.
Wanita itu kemudian berdiri di tepi jalan sebelum salah seorang daripada dua lelaki merompak beg duit miliknya.
Kedua-dua suspek kemudian melarikan diri dengan sebuah motosikal dan merempuh wanita itu sehingga terjatuh di atas jalan. – KOSMO! ONLINE
The post Tiga suspek samun mak cik lepas beli ikan direman appeared first on Kosmo Digital.