Auto Added by WPeMatico

SAYA berkahwin kerana Allah. Bukan sebab nak ada orang jaga”.
Itu kata pengantin baharu, Erra Fazira saat ditanya tentang keputusannya untuk kembali bergelar isteri selepas 11 tahun menjanda.
Menurut Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek 51, sebagai ibu tunggal, dia sendiri pernah tertanya-tanya sama ada keputusan untuk berkahwin lagi buat kali ketiga adalah sesuatu yang tepat.
“Saya faham kenapa ramai ibu tunggal di luar sana rasa takut dan serik untuk berkahwin lagi. Sejujurnya saya pun banyak kali bertanya kepada diri sendiri sama ada saya sudah bersedia.
Nak mengaku saya ada trauma atau fobia, 40 peratus saya mengaku. Agaknya saya trauma sebab sebelum saya menerima lamaran ini saya fikir banyak kali.
“Sehingga ke saat akhir pun saya masih tanya orang keliling betul ke aku nak kahwin ni. Beberapa minit sebelum nak kahwin pun saya masih bertanya.
Tetapi ini semua adalah aturan Allah. Pasang niat yang baik, Allah aku nak berkahwin kerana Mu. Saya rasa kalau kita jaga niat kita, Insya-Allah. Bukan niat kita nak kahwin sebab nak ada orang jaga. Itu semua belum tentu,” katanya kepada HibGlam.
Ditanya tentang perasaannya apabila seluruh Malaysia mendoakan kebahagiaannya termasuklah rakan selebriti, sambil menahan sebak, Erra memanjatkan rasa syukur kerana dia rasa disayangi ramai.
Bila cakap tentang perkara ini saja saya rasa sedih. Saya bersyukur sebab saya menerima banyak kasih sayang dan doa daripada semua. Meskipun saya daripada keluarga yang kecil tetapi saya rasa besar dengan kasih sayang daripada semua. Saya bukanlah manusia yang sempurna,” ujarnya.
Terdahulu, Erra sah menjadi suri hidup usahawan, Ezwan Zain, 44, dalam majlis yang berlangsung indah di Kampung Melayu Subang pada pukul 9.19 pagi tadi.
Erra menerima kejutan mas kahwin berupa 24 keping dinar emas yang diberi dalam bentuk bunga emas sebagai tanda cinta daripada Ezwan. – HIBGLAM
The post ‘Bukan nak orang jaga, kahwin kerana Allah’ appeared first on HibGlam.