Auto Added by WPeMatico

![]()
PETALING JAYA – Seorang suami mengakui tertekan dengan permintaan isterinya yang semakin membebankan, hanya tiga bulan selepas mereka mendirikan rumah tangga.
Menurut lelaki itu, isterinya sering menekan untuk membeli pelbagai barangan bagi kepuasan peribadinya walaupun dia sudah memberi amaran bahawa kemampuan kewangan mereka terhad.
“Saya cuma mampu menyewa rumah kecil tanpa kelengkapan rumah yang lengkap. Tapi isteri saya mahu beli peti ais secara hutang, kemudian penghawa dingin, dan baru-baru ini minta sofa untuk persiapan raya. Semua itu suruh saya hutang,” luahnya di Threads.
Lelaki itu berkata, isterinya sedar bahawa pendapatannya tidak besar dan sukar untuk membeli barangan tersebut secara bayaran penuh, namun wanita berkenaan tetap berdegil tanpa memikirkan bebanan kewangan bulanan di kemudian hari.
“Dia tahu saya tak mampu bayar secara langsung, tapi tetap mahu saya berhutang. Saya rasa keterlaluan kerana benda-benda ini tidak terlalu penting.
“Kalau kita menabung perlahan-lahan, lama-lama kita boleh beli tanpa terbeban dengan hutang. Tapi tetap gelojoh nak semua segera,” katanya.
Perkongsian ini menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang turut menasihati pasangan muda ini supaya berbincang secara terbuka mengenai pengurusan kewangan, agar tidak timbul tekanan berpanjangan dalam rumah tangga.
“Hati-hati dengan pujuk rayu isteri, takut makan diri di kemudian hari. Ajar isteri hiduo dalam suasana seadanya, jangaj ikut gaya hidup orang lain,” pesan Ashriq.
“Naya perempuan ‘high demand’, kerja malas…tahu kikis duit suami je,” perli Sandra. – KOSMO! ONLINE
The post ‘Semua benda nak suruh berhutang’ appeared first on Kosmo Digital.
