Auto Added by WPeMatico

![]()
PETALING JAYA: Pelakon, Nad Zainal menegaskan isu datang lewat ke set penggambaran adalah masalah disiplin peribadi dan tidak wajar dituding kepada pelakon baharu semata-mata.
Nad atau Farah Nadia Zainal Abidin, 36, berkata, mana-mana pelakon yang tiba lewat ke set penggambaran tetap akan menjejaskan produktiviti kerja sekali gus menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan kru produksi yang terpaksa menunggu.
“Pelakon lama atau pelakon baharu, ada sahaja yang datang lambat. Cuma bagi saya, di mana-mana skop pekerjaan sekalipun, waktu dan menghormati masa itu sangat penting.
“Mana-mana sahaja kita pergi bekerja, kalau kita tidak tepat masa, orang lain akan rasa kurang senang dengan kita.
“Di mana-mana sekolah pun sudah cakap perlu datang sekian-sekian dan jangan langgar peraturan,” katanya.
Nad berkongsi perkara berkenaan ketika ditemui di pejabat Media Mulia, di sini, pada Jumaat.
Menolak pandangan bahawa pelakon baharu kini terlalu dimanjakan hingga hilang disiplin, Nad memberitahu sepanjang pengalamannya, ramai sahaja bakat baru yang memberikan kerjasama baik.
“Tidak adalah. Sebab itu saya cakap tadi, bukan pelakon baru semata-mata kerana pelakon baru yang pernah kerja dengan saya elok sahaja.
“Dia bukan isu lama atau baru. Dia soal pelakon itu sendiri dan disiplin dia. Saya rasa sama sahaja, pelakon lama dan baharu ada sahaja perangai masing-masing,” katanya.
Nad berkata demikian bagi mengulas kenyataan Fasha Sandha sebelum ini, yang pernah menegur sikap tidak berdisiplin seorang pelakon di set penggambaran
Menurut Fasha, kelewatan pelakon tersebut bukan sekadar beberapa minit, malah ada kalanya mencecah satu hingga dua jam sehingga memberi kesan kepada kelancaran proses penggambaran. -UTUSAN
The post Pelakon baharu atau lama, masing-masing ada perangai – Nad Zainal appeared first on Utusan Malaysia.

