Auto Added by WPeMatico

KLANG – Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi maut dalam kemalangan di Jalan Batu Belah, di sini malam tadi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, mangsa berusia 42 tahun yang menunggang motosikal jenis Ducati itu meninggal dunia di lokasi kejadian.
Katanya, enam anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Klang Utara bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pukul 11.40 malam.
“Bomba yang tiba enam minit kemudian kemalangan melibatkan antara sebuah motorsikal jenis ducati dan kereta jenis Perodua Myvi.
“Terdapat seorang lelaki yang merupakan penunggang motosikal itu disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan,” katanya hari ini. – KOSMO! ONLINE
The post Penunggang motosikal Ducati maut kemalangan appeared first on Kosmo Digital.