Auto Added by WPeMatico

ALOR SETAR – Penegasan bahawa Pas bukan sahaja layak tetapi wajib menerajui Perikatan Nasional (PN) merupakan antara lima usul yang diluluskan dalam Muktamar Tahunan Pas ke-71.
Usul menerusi tajuk pemerkasaan PN itu dibawa Perwakilan Dewan Pemuda Pas, Muhammad Faizudin Mohd Zai dan disokong wakil Pas Kawasan Shah Alam, Mohamed Sukri Omar.
Muhammad Faizudin berkata, Pas bukan sekadar rakan komponen dalam PN tetapi parti teras yang bersedia memimpin kepimpinan negara dengan pengalaman hampir 74 tahun dalam politik tanah air.
Sebelum itu Pas Kawasan Batu di bawah usul ekonomi dan sara hidup mendesak kerajaan segera mengkaji semula dasar percukaian negara dan menghentikan sebarang bentuk kenaikan cukai yang tidak mengambil kira kesejahteraan rakyat.
Selain itu, muktamar turut meluluskan usul menolak sekeras-kerasnya Akta Pembaharuan Bandar yang jelas mengancam hak rakyat dan masa depan generasi muda yang dibentangkan wakil Pas Kawasan Titiwangsa, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz.
Turut diluluskan adalah usul antarabangsa iaitu pendirian tanpa kompromi untuk terus membela perjuangan rakyat Palestin yang sedang berhadapan serangan berterusan rejim Zionis.
Sementara itu, usul sosial dibentangkan wakil Dewan Muslimat Pas, Husna Hashim mengangkat isu buli sebagai masalah sosial serius yang semakin membarah dalam masyarakat. – KOSMO! ONLINE
The post Lima usul lulus dalam Muktamar Pas appeared first on Kosmo Digital.